bahasa · buying bitcoin

Harga Bitcoin Malaysia – Apa Yang Anda Perlu Ketahui

Ingin membeli atau menjual Bitcoin? Harga Bitcoin Malaysia hari ini adalah:

Dalam graf di atas, anda boleh melihat harga Bitcoin terkini untuk hari ini mengikut jam.

Harga Bitcoin Malaysia akan berubah setiap minit mengikut bekalan dan permintaan. Lebih banyak orang yang hendak membeli bitcoin, maka harga bitcoin Malaysia akan meningkat.

Sebaliknya,  kalau banyak orang menjual bitcoin, maka harga akan jatuh.

harga bitcoin malaysia

Harga Bitcoin Malaysia akan berlainan mengikut Bursa Bitcoin yang digunakan. Contohnya, di Luno harga mungkin RM80,000 satu Bitcoin dan di Bitcoin.com harga mungkin RM78,500. Ini kerana kebanyakan orang membeli and menjual Bitcoin di Bursa and berlainan.

Oleh itu, anda perlu berhati-hati ketika mahu membeli ataupun menjual Bitcoin. Anda mesti mengikut harga di Bursa Bitcoin yang digunakan. Anda juga perlu mengambil tahu faktor-faktor seperti masa untuk transaksi bitcoin dan jumlah komisyen yang diambil oleh Bursa Bitcoin.

Kalau anda membeli Bitcoin dengan matawang Amerika Syarikat (USD), anda perlu ada USD dahulu dan anda mungkin rugi kerana pertukaran wang.

Kalau anda mahu membeli Bitcoin dengan Maybank, anda boleh menggunakan Bursa Bitcoin seperti Luno, Remitano ataupun Localbitcoins.

Sebelum membeli bitcoin anda perlu mempunyai dompet Bitcoin. Kebanyakan Bursa Bitcoin mempunyai dompet sendiri, tetapi kalau anda ingin melabur dalam Bitcoin untuk jangkamasa yang panjang, lebih baik kalau anda mempunyai dompet Bitcoin sendiri (online ataupun offline). Find Best Food In Malaysia

Mungkin anda sedang berfikir… Kan baik kalau saya beli Bitcoin di satu Bursa dan jual di Bursa yang lain untuk mengait keuntungan?

Sebenarnya, banyak pihak yang membuat sebegini. Ini dipanggil Arbitrage. Tetapi, seperti yang dikatakan tadi anda perlu mengambilkira faktor-faktor seperti masa untuk transaksi Bitcoin (sekarang masa makin meningkat kerana banyak transaksi Bitcoin tetapi kurang Bitcoin miner) dan komisyen yang diambil oleh setiap Bursa Bitcoin semasa membuat transaksi.

Oleh itu, anda perlu melihat betul-betul strategi anda semasa melabur. Jangkamasa panjang ataupun pendek? Untuk melabur ataupun hendak untung cepat?

Harga Bitcoin Malaysia akan sentiasa bertukar-tukar mengikut masa. Sila menggunakan graf di atas untuk merancang strategi pelaburan Bitcoin untuk masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *